berita

Sinchan, Edisi Siasat & 7 Lagi Program ‘Legend’ NTV7 Yang Korang Mesti Ingat!

February 16th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Saluran NTV7 bakal diganti sepenuhnya kepada TV Pendidikan, Didik TV bermula 17 Februari 2021 bagi meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti bagi semua murid di seluruh negara.

Lebih dua dekad menghiburkan penonton, banyak rancangan menarik disiarkan di saluran ini satu ketika dahulu. Jom kita throwback sikit program menarik di NTV7 yang akan kekal dalam ingatan.

1. Edisi Siasat

Rancangan Edisi Siasat merupakan salah satu program rancangan dokumentari/ majalah yang pernah diterbitkan di saluran NTV7. Edisi Siasat pernah dicalonkan dalam kategori Anugerah Rancangan Dokumentari/ Majalah Terbaik Anugerah Skrin pada tahun 2012. Program ini mempunyai pengikutnya tersendiri yang menyukai program seakan berita dan informatif.

Antara pengacara popular yang pernah mengangkat rancangan ini ialah Wan Kamaruddin.

2. Istana Takeshi

Istana Takeshi pula merupakan salah satu rancangan berkonsepkan game show dari Jepun. Untuk pengetahuan anda, Istana Takeshi diterbitkan sekitar tahun 1986 hingga 1990 di negara itu. Rancangan ini sangat popular di sana sehingga disiarkan di NTV7 suatu pada setiap waktu petang ketika dahulu. Memang gelak terbahak-bahak setiap kali tonton rancangan ini.

3. Spanar Jaya

Kepada peminat sitkom, Spanar Jaya merupakan salah satu rancangan yang akan menceriakan hari anda. Rancangan bergenrekan komedi dan drama sudah tentu penonton tidak tukar siaran lain. Spanar Jaya dibintangi oleh pelakon hebat seperti Ahmad Idham, Rambo Chin, Zaibo, Wardina dan ramai lagi.

4. Pokemon

Manakala, NTV7 turut menyiarkan rancangan hiburan buat kanak-kanak seperti Pokemon, Doraemon, Shin Chan, Masked Rider dan Ultraman. Rancangan hiburan kartun ini telah diterjemahkan bahasa ke Bahasa Melayu.

Paling tak boleh lupa ialah setiap malam Sabtu ialah rancangan Doraemon dan Sinchan. Mesti berebut remote dengan adik beradik lain.

5. Doraemon

6. Shin Chan

7. Masked Rider

8. Ultraman

9. Seekers

10. Phua Chu Kang

Tidak dinafikan semua rancangan kartun kanak-kanak ini sangat meninggalkan kesan dan kenangan buat kita semua.

Sumber: Youtube

SKIP THIS AD ×