Sabtu lepas bertempat di Kenanga Wholesale City, Star Stage, Kuala Lumpur telah berlangsungnya konsert band popular Indonesia iaitu UNGU.
Konsert yang diberi nama ‘Konsert Ungu Tercipta Untukku Live in Malaysia’ itu merupakan kali kedua Ungu mengadakan persembahan secara besar-besaran di Malaysia.
Entah di mana silapnya, konsert itu seperti tidak mendapat sambutan apabila jumlah penonton yang datang tidak menepati sasaran.
Gitaris Ungu, Enda merakamkan foto bersama peminat
Sebelum ini, pihak penganjur ada mensasarkan sebanyak 9,000 penonton bakal hadir menyaksikan konsert ini kerana lokasinya boleh memuatkan kapasiti berjumlah 10 000, namun, jumlah penonton yang hadir dianggarkan kurang dari 2,000 menyebabkan lokasi tersebut tampak lengang.
Bagi memeriahkan suasana, pihak penganjur terpaksa meminta penonton bersama-sama mengangkat tangan, bertepuk dan bersorak untuk menghangatkan lagi suasana konsert tersebut.
Namun, ruang yang lenggang itu bukanlah satu masalah buat kumpulan ini untuk meneruskan konsert mereka dengan persembahan yang menakjub & menghiburkan.
Onci turut mendendangkan lagu hit Ungu
Bertuah! Peminat dapat berduet bersama Pasha menerusi lagu ‘Tercipta Untukku’
Untuk pengetahuan anda, konsert ini menjadi lebih bermakna apabila dua gitaris kumpulan mereka iaitu Onci dan Enda turut menyanyikan beberapa buah lagu khas buat peminat.
Lebih menarik lagi, persembahan mereka mengundang jeritan penonton apabila Pasha (vokalis) memanggil seorang peminat wanita naik ke atas pentas untuk berduet bersamanya menerusi lagu ‘Tercipta Untukku’.
Konsert Ungu tetap meninggalkan 1001 kenangan manis buat penonton yang hadir. Pada anda yang tidak berkesempatan menonton Ungu secara live, foto-foto sepanjang persembahan mereka boleh dilayari selepas ini.