Berita baik buat peminat Marvel. Selepas kejayaan filem The Avangers dan Captain America: The Winter Soldier, pengarah Hollywood berbakat, Joss Whedan kembali dengan siri baru Agents Of S.H.I.E.L.D.
Terkini, siri aksi fiksyen ini menjanjikan pelbagai aksi yang tentunya akan membuat penonton teruja dengan jalan cerita yang lebih padat dan menarik.
Ia turut menampilkan barisan pelakon seperti Clark Gregg, Ming-Na Wen, Brett Dalton, Chloe Bennett, Iain De Caestecker, Elizabeth Henstridge, Cobie Smulders dan Samuel L. Jackson.
Siri ini mengisahkan tentang Agen Phil Coulson yang diselamatkan oleh pasukan medik S.H.I.E.L.D selepas ditikam oleh Loki, dia kemudiannya telah dihantar ke Tahiti sehingga sembuh sepenuhnya.
Kemudian, sejak peristiwa Battle of New York, Phil Coulson kembali menerajui sebuah pasukan kecil yang diberi nama Agents Of S.H.I.E.L.D.
Salah satu babak dalam siri Agent of S.H.I.E.L.D
Untuk pengetahuan, pasukan ini dianggotai lima agen berkemahiran tinggi khusus untuk menyiasat apa saja kuasa luar biasa yang mampu mengancam keselamatan dunia. Menarik bukan?
Sebagai tambahan, musim pertama Agent of S.H.I.E.L.D bakal memasuki episod ke 22 yang juga merupakan episod terakhir musim ini. Dan di Malaysia, ia baru saja ditayangkan di TV3.
Untuk mengikuti siri tv ini, jangan lupa saksikan episod pertama ‘Agent of S.H.I.E.L.D’ yang bakal bersiaran setiap Selasa, 11 malam di TV3 bermula 29 April ini.