Sekadar foto hiasan
Raya dah nak dekat, baju tak cari lagi. Ewah, puasa pun belum dah fikir nak beraya. Kadang-kadang sampai pening fikir dimana nak dapat baju raya yang cantik, trendy dan paling penting selesa!
Masa-masa macam ni, kalau nak tempah pun macamlah tukang jahit nak ambil lagi. Nak gagahkan diri pergi meredah Masjid India tak ada masa pula.
Mira faham sangat dengan masalah yang selalu dihadapi oleh gadis-gadis chubby. Mira pun kadang-kadang pening nak cari baju macam mana. Nanti kalau salah pilih takut tak muat pula. Betul tak?
Sekadar foto hiasan
Jadi, Mira ada penyelesaian untuk masalah korang semua. Sebenarnya, banyak baju plus size ini dijual secara atas talian (online) malah cantik dan amat fashionable.
Zaman sekarang dah banyak media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram, jadi gunakan jari jemari montel anda untuk mencari butik plus size yang bersepah-sepah di internet.
Contoh paling utama ialah Zalora. Bukan sahaja baju wanita, baju lelaki pun ada dijual. Contohnya, tudung, peplum, jeans, gaun, jubah, kasut dan juga pelbagai eksesori yang datang dari jenama-jenama hebat ada dijual disini.
Jangan risau tentang harga, mereka menawarkan pakaian serendah RM50 bergantung kepada fesyen, jenis kain dan jenama pakaian tersebut. Selesa tak payah cakaplah, kalau Mira shopping di Zalora, pasti repeat order punya.
Kalau nak tahu, sekarang ini, tengah berlangsungnya diskaun sehingga 20%, lebih penjimatan jika anda berada dalam situasi bajet.
Sekadar foto hiasan
Lagi satu, rajin-rajinlah ke website Fashion Valet, mereka ni menawarkan pakaian untuk wanita, aksesori dan pelbagai jenis beg tangan, dari klasik hinggalah yang bergaya.
Lagi best, kalau tak tahu nak pilih atau tak tahu berfesyen, jangan segan-segan bertanya. Di Fashion Valet mereka menyediakan pasukan perkhidmatan pelanggan yang boleh membantu anda yang mempunyai dilema membeli-belah dalam talian, hebat kan?
Mira baru tengok website ini semalam, dah ada koleksi raya la!! Tetapi, harga pakaian disini mahal sedikit kerana mereka menjual pakaian yang dibuat oleh pereka fesyen terkemuka. Tapi, tak salah mencuba kan? Sekali setahun gitu!
Nak lebih mudah? Ringan-ringankan tangan melawat Instagram penjual baju online. Alah, yang #sayajual tu. Di Instagram pun pakaian-pakaian yang ditawarkan tak kurang cantiknya.
Sekadar foto hiasan
Mungkin anda nak fesyen yang lebih kasual untuk bertandang kerumah rakan-rakan, betul tak? Kalau macam tu, Mira suggest cari Lè Tipa, Style Extra, Msquared Boutique dan banyak lagi.
Memang puas hati dengan fabrik yang digunakan untuk membuat baju, sesuai dengan fesyen terkini lagi! Kalau nak tahu, Dina Nadzir pun pernah menggayakan dress yang dijual oleh salah seorang dari mereka tau.
Sebenarnya, baju plus size ini bukanlah susah untuk dicari, cuma ia kurang dijual dipasaran. Yang ada kebanyakannya dijual di internet. Apapun, Mira harap entri kali ini membantu anda semua.
Jangan gusar atau risau, lepas ini kita semua dapatlah beraya dengan fesyen terkini. Apapun, Mira ucapkan selamat membeli-belah ya!