Mesti gadis-gadis yang menyebarkan perbualan ‘konon-konon comel’ mereka dengan Zaquan Adha tempoh hari kecewa melihat respon positif dari Ayu Raudhah, kan?
Sabar ya, nampaknya Ayu langsung tak terkesan dengan gosip skandal suaminya walaupun bertubi-tubi kita disogok dengan mesej mesra Zaquan bersama beberapa wanita lain di internet.
Tapi baguslah Ayu dan Zaquan tak cepat melatah dengan perkara ini kerana adik kepada Rozita Che Wan itu benar-benar mempercayai bapa kepada dua anaknya itu.
Baca kenyataan Ayu di sini : Itu Bukan WeChat ID Zaquan – Ayu Raudhah Respon Isu Suami ‘Flirting’
Kalau anda rasakan kenyataan Ayu sebagai propa atau sengaja coverline si suami, kali ni Zaquan pula membuktikan rumahtangga mereka masih kekal bahagia.
Semalam Zaquan memuat naik sekeping gambar di Instagram menunjukkan dirinya, Ayu dan anak-anak mereka sedang seronok menikmati urutan kaki.
Sooo sweet! Macam pasangan baru berkahwin walaupun anak-anak berkepit di pangkuan masing-masing. Mungkin lepas ni masyarakat luar boleh kurangkan menyebar anasir jahat semata-mata untuk mengganggu rumahtangga orang lain.
Tapi kalau apa yang cuba disampaikan sememangnya salah, rasanya menjadi tanggungjawab mereka yang berkenaan untuk membetulkan keadaan, betul tak?