Tak dapat dinafikan lagi, Ashraf Muslim boleh menjadi ketua keluarga yang baik walaupun dulu hampir semua pihak mencemuh tindakannya berkahwin lain.
Ya, memang kebahagiaan keluarga ini bukan lagi perkara baru. Tapi kami tetap seronok melihat kegembiraan Ashraf, Dayana dan Sakinah sewaktu Majlis Kesyukuran & Aqiqah Sarah Ashraf baru-baru ini.
Bukan sahaja tertarik melihat majlis sambutan itu dihias cantik dengan buaian berendoi dan mini taman dari warna biru dan merah, tetapi juga kemesraan yang terjalin antara Dayana dan Sakinah nampak betul-betul ikhlas.
Dari gambar-gambar yang diambil oleh jurugambar rasmi, The Photolicious, Dayana sanggup menjadi salah seorang individu terpenting yang mengiringi Sakinah dan Sarah sewaktu upacara dijalankan.
Lebih sweet lagi bila Ashraf sempat bergambar sambil diapit kedua-dua isterinya. Mungkin lelaki di luar sana yang ada niat mahu berpoligami tu boleh berguru cara-cara untuk menyatukan isteri dengan Ashraf. Tapi yang penting kena adil, okay!
Semoga kebahagiaan keluarga ini terus berkekalan dan pastinya ramai juga yang mendoakan agar Dayana dikurniakan anak secepat mungkin.
Kredit foto: The Photolicious