Tanggal 5 Julai 2014 sudah pasti tidak akan dilupakan oleh Linda Rafar apabila anak keduanya yang menghidap ketumbuhan kronik dalam perut telah disahkan meninggal dunia sekitar jam 6 petang.
Artikel Berkaitan: Anak Linda Rafar Hembuskan Nafas Terakhir Hari Ini Selepas Bertarung Dengan Ketumbuhan Kronik
Penyakit Allahyarham Rezaimen Kefli atau lebih mesra dipanggi Memen mula dikesan sejak bulan April yang lalu dan sedang menjalani rawatan lanjut di hospital. Namun, ternyata Allah SWT lebih menyayanginya.
Semalam, sebuah video adik Memen, Syed Arriq yang sedang menangis teresak-esak dek kerana merindukan arwah abangnya telah menyentuh hati semua followers Instagram Linda Rafar. Sayu sangat hati ini bila si anak kecil itu bagaikan memahami bahawa abangnya itu sudah tiada.
Diari Memen yang menyayat hati
Beberapa hari yang lalu, Linda turut berkongsi diari arwah yang mengandungi maklumat rawatan yang dilaluinya. Lebih menyayat hati, arwah juga dilihat menulis tentang sikap adik beradiknya dalam diari yang sama.
Sememangnya hubungan mereka 4 orang adik beradik dilihat tersangatlah akrab dan sudah tentu mereka lebih mengenali antara satu sama lain.
Dalam pada itu, Linda juga dilihat menjemput sahabat terdekatnya untuk menghadiri majlis kenduri tahlil hari ke-7 buat arwah esok.
Apapun, diharap agar Linda dan keluarga bersabar dengan dugaan ini dan sama-sama kita doakan agar arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.
Kredit foto: Instagram Linda Rafar