Bak kata pepatah “ikut resmi padi, semakin berisi, semakin menunduk”. Namun lain pula kisahnya mengenai pasangan sweet, Johan dan Ozlyn yang didakwa semakin berlagak bila dah glamour? Eh.. iyeke ni?
Sebenarnya gosip ni pun kami dapat menerusi laman Instagram mereka apabila sekeping foto gabungan screenshot komen ‘peminat’ telah dimuat naik semalam.
Ha..peminat ke haters ni? Daripada gaya bahasa, lebih menjurus kepada haters kan? Siap tuduh Johan tu tak sedar diri dan asal usul pulak tu. Paaaanaaasss!
Walaupun tidak meletakkan apa-apa caption untuk foto tersebut, ramai peminat Johan dilihat menyelar kenyataan yang dilakukan oleh individu tersebut.
Malah, ada juga yang memberitahu bahawa mereka pernah bersemuka dengan pelawak terkemuka itu dan ternyata menerima layanan yang baik.
Kalau anda masih ingat, pasangan ni pun pernah dikaitkan dengan beberapa pertelagahan dengan followers instagramnya dulu. Ala.. mula-mula sekali kes Johan dikatakan tertidur ketika solat padahal realitinya Johan tak boleh bangkit daripada sujud kerana anaknya bermain di belakang badan.
Kes kedua pun masih berkisar mengenai ibadah solat apabila pasangan ini diminta agar memperbetulkan kedudukan kaki anaknya yang masih kecil itu untuk sujud dengan sempurna.
Artikel Berkaitan:
- Isteri Johan Bengang Cara Anak Bersolat Ditegur
- Foto Johan Raja Lawak Dikatakan Tertidur Ketika Solat, Ozlyn Perjelas Isu Sebenar
Hurm.. apa boleh buat, adatlah bergelar selebriti kan? Ada yang suka dan tak kurang juga yang membenci. Jadi, kenalah banyak-banyak bersabar kan?
Kredit foto: Instagram Johan & Ozlyn