Percayalah cakap kami, isu panas macam ni takkan habis dalam masa sehari dua. Lebih-lebih lagi makin banyak pihak yang masih menyuarakan pendapat masing-masing secara terbuka mahupun tertutup.
Terbaru, Abby Abadi menerusi laman Instagramnya turut terpanggil untuk menyentuh soal gadis Melayu yang dipeluk dan dicium penyanyi K-Pop tempoh hari.
Artikel berkaitan:
“Program K-Pop Lagi Teruk Dari Peluk Anjing”
Abby memetik ulasan Ustaz Zaharuddin Abd Rahman di Intagramnya yang berbunyi begini:
Program K POP ini baru benar-benar gerakan liberal atau lebih teruk dari liberal. Jauh lebih teruk dari memeluk anjing.
Bapa & suami menjadi dayus dengan membiarkan anak gadis atau isterinya diperlakukan sedemikian. Gadis menjadi hilang bermaruah malah bergembira secara terbuka melakukan dosa.
Pengaruh Drama & Filem Jadi Punca?
Terkejut juga kami apabila Abby tak menyalahkan gadis-gadis berkenaan 100%, namun dilihat cuba menasihati artis dan industri hiburan tempatan yang dipercayai turut sama menggalakkan aktiviti tak bermoral seperti ini menerusi drama dan filem.
Iyalah, Abby kan pernah berada dalam industri hiburan suatu ketika dahulu, jadi dah tentulah dia lebih tahu asam garamnya, kan?
Apapun kami harap, adik-adik kita ni belajar dari kesilapan dan tak terlampau fanatik ataupun terlalu mengikut pengaruh yang tak mendatangkan faedah di masa akan datang.