berita

Foto : Hanez Suraya Bercuti Ke Paris-London Sebelum Kahwin

February 16th, 2015 | by Ai
Lensa Insta

Screen Shot 2015-02-16 at 12.02.44

Kami perasan sejak Hanez Suraya mengumumkan mahu berkahwin dengan Romie dan selepas mereka bertunang, Hanez nampak lebih bahagia. Mungkin sebab tak perlu nak berselindung lagi kot?

Macam mana kami tahu Hanez bahagia? Semuanya terserlah dengan senyuman dan perkongsian gambar yang penuh dengan happy moments di Instagram miliknya.

Terbaru, kami dapat lihat Hanez seronok sangat dapat bercuti ke Paris dan London bersama kawan baiknya. Normallah pergi makan angin dengan bestfriend sebelum kahwin. Mana tahu lepas kahwin nanti sibuk pula nak menguruskan suami dan keluarga sampaikan masa untuk kawan-kawan menjadi terhad.

Buat Pre-Wedding Photoshoot Ke?

Hanez Suraya-8

Kami ada terbaca salah satu komen di Instagram Hanez yang bertanyakan sama ada pelakon itu ke luar negara untuk membuat pre-wedding photoshoot. Iyalah kan, sekarang dah jadi satu trend pula buat sesi fotografi sebelum kahwin kat oversea.

Screen Shot 2015-02-16 at 12.05.25

Tapi kami rasa Hanez ke sana semata-mata untuk bercuti kerana tak nampak pula kelibat Romie bersama. Melainkan Hanez buat photoshoot seorang diri di sana dan Romie pula shoot di Malaysia. Eh entahlah. Korang tengok je lah gambar Hanez kat bawah ni. Nampak lebih happy kan?

Kredit foto: Instagram Hanez Suraya

SKIP THIS AD ×