Seronok kami tengok foto-foto di sekitar majlis sambutan hari lahir Zain Saidin yang ke-31 malam semalam.
Apa yang membuatkan majlis itu lebih berseri ialah Che Ta hadir dengan pakaian yang cukup sopan dan bertudung. Manis sungguh!
Peminat Doakan Che Ta Kekal Bertudung
Ramai peminat tertanya-tanya sama ada selebriti popular itu sudah berhijrah, tapi rasanya Che Ta bertudung demi menghormati majlis kesyukuran dan bacaan Yasin dipimpin oleh Imam Muda Asyraf yang turut diadakan semalam.
Difahamkan, majlis kesyukuran tersebut dibuat sempena Che Ta dan Zain yang bakal berangkat ke Tanah Suci bagi mengerjakan umrah pada 25 Februari ini.
Hadiahkan Pakej Umrah Pada Zain
Jika pada hari lahir tahun lepas Che Ta membuat surprise kepada suaminya di set penggambaran, kali ini Che Ta menghadiahkan Zain pakej umrah pula. Ini barulah sweet!
Semoga pemergian Zain dan Che Ta untuk menunaikan ibadah dipermudahkan dan diberkati oleh-Nya. Kesian Aaisyah Dhia Rana rindu mommy dan daddy, kan?
Kredit foto: Instagram Rozita Che Wan dan Sasha Saidin