Sebentar tadi, Drama Festival Kuala Lumpur 2015 (DFKL2015) baru saja melabuhkan tirai dengan pelbagai kejutan yang tak disangka-sangka.
Namun, nampaknya ramalan kami benar belaka apabila drama Rindu Awak 200% lakonan Ayda Jebat dan Zul Ariffin mengungguli senarai pemenang.
Ayda Jebat Tewas!
Namun, yang mengejutkan kami adalah kemenangan Amyra Rosli dalam kategori Pelakon Wanita Drama Pilihan sekaligus mengalahkan Ayda Jebat.
Sharnaaz & Nelydia Tetap Jadi Pilihan
Ini pun buat kami terkejut. Mana taknya, kami dah siap-siap type nama Ayda Jebat dan Zul Ariffin. Alih-alih Sharnaaz dan Nelydia yang mengungguli anugerah Pasangan Hero dan Heroin Drama Pilihan. Terbaiklah!
Apapun, khas buat korang, disini kami sediakan senarai penuh pemenang-pemenang malam ini. Enjoice!
Senarai Penuh Pemenang Drama Festival Kuala Lumpur
1. Drama Pilihan – Rindu Awak 200%
2. Pasangan Hero & Heroin Drama Pilihan – Sharnaaz Ahmad & Nelydia Senrose
3. Barisan Pelakon Drama Pilihan – Selamat Pengantin Madu
4. Penulis Skrip Drama Pilihan – Nieza Nahar (Rindu Awak 200%)
5. Drama Pendek Pilihan – Luahan Abah
6. Pengarah Drama Pilihan – AidilFitri Mohamed Yunos (Rindu Awak 200%)
7. Pelakon Wanita Drama Pilihan – Amyra Rosli
8. Pelakon Lelaki Drama Pilihan – Zul Ariffin