Tak semestinya hidup bermadu akan membuat seseorang itu menderita. Kalau tak percaya, cuba tengok kebahagiaan rumahtangga pengarah terkemuka, Erma Fatima dengan suami dan madunya, Aida Abdul.
Sejuk je mata memandang apabila kami lihat kegembiraan mereka sekeluarga. Tersentuh hati kami tatkala melihat video yang dimuat naik oleh Erma di laman Instagram miliknya.
Kalau nak tahu, Erma telah menyambut ulangtahun kelahiran madunya. Huarghh..terharu rasa hati kita wak!
Kebahagiaan Buatmu & Suami Hingga Akhir Hayat
Selain itu, Erma juga sempat mendoakan kebahagiaan berpanjangan buat suami dan madunya. Fuh! Syabas kerana menjadi wanita yang tabah dan berhati mulia.
Surprise Birthday Pertama Buat Aida
Bila kami intai sikit Instagram isteri kedua Bade, ternyata Aida amat bersyukur dikurniakan madu sebaik Erma.
Malah, kata Ayda, ini merupakan surprise birthday pertama buatnya. Wah! Beruntung betul Aida.
Baguslah begitu, kami pun suka melihat kemesraan Erma dan Aida. Semoga kedua-dua wanita ini akan berbahagia #tilljannah.