Berbunga-bunga hati kami apabila melihat kemesraan pasangan romantis, Fouziah Gous dan suaminya, Zhafran Yusof.
Mana taknya, setiap gambar yang di muatnaik ke Instagram menunjukkan kebahagiaan pasangan ini yang boleh bikin sesiapa saja cemburu. Loving, caring, happening, romantic, ehh semualah!
Terbaru, kami lihat Fouziah ada memuat naik beberapa foto percutiannya dengan encik suami ke Budapest. Warghh untunglah dapat jalan-jalan tempat orang.
Hold My Hand..Love Is In The Air
Hah! Tengok foto kat atas ni. Sweet sangat tau! Setuju tak kalau Mek kata pasangan ini loving 24 jam? Hihi
Eat Like A Queen
Haaa, mahu tak seronok tengok Fouziah dan Zhaf bercuti. Bukan senang nak dapat ke Budapest ni tau! Mek kumpul duit tiap-tiap bulan pun masih tak mampu.
Apapun, semoga bahagialah hendaknya. Jom tengok lagi foto-foto manis diorang ni!