Selamat hari Isnin Mek ucapkan kepada semua. Jom sama-sama kerja dengan hati yang gembira hari ini. Tak payah nak Monday blues sangatlah. Hehe!
Sebenarnya, Mek nak beritahu bahawa semalam Mek dengar Izreen Azminda ada menerima sekuntum bunga mawar dari jejaka idaman Malaya. Fuh! Apa cerita?
Sekuntum Mawar Dari Sharnaaz Ahmad
Kalau korang nak tahu, Izreen ada memuat naik sekeping foto dia bersama Sharnaaz dengan memegang sekuntum bungan mawar.
Haaa, kami bukan serkap jarang tau! Dah tertulis dalam kapsyen Izreen begitu. Buat apa nak tipu kan? Wah, bukan main sweet lagi mereka ni.
Hadiah Hari Ibu Buat Sahabat
Eh eh, korang jangan salah anggap pula. Sebenarnya, kata Izreen mawar yang diterima itu sebagai tanda peringatan dari seorang sahabat sempena hari ibu.
Iyalah, semalam kan Hari Ibu. Apa salahnya kalau Sharnaaz hadiahkan Izreen bunga kan? Kalau nak hadiahkan rumah sekalipun kami tak kisah. Bukan guna duit Mek pun. Tak gitu?