Baru-baru ini kecoh orang ramai memperkatakan tentang kes curi enam tin sardin yang melibatkan seorang penganggur berumur 45 tahun.
Dia dihukum penjara tujuh hari dan denda RM100 oleh mahkamah itu kerana mencuri sardin tersebut.
“Saya menumpang di rumah pakcik berusia 70 tahun. Saya curi enam tin sardin untuk cucu-cucu pakcik saya yang masih kecil.”
Jika diteliti melalui pengakuan pelakunya, sudah tentu timbul rasa kasihan dan simpati kita terhadapnya kerana terpaksa mencuri bahan makanan yang dikira agak murah untuk memberi makan kepada anak-anak kecil.
Apatah lagi, kita sedia maklum bukannya senang untuk menjalani kehidupan zaman sekarang,, terutamanya dalam situasi peluang pekerjaan semakin tipis dan sukar didapati.
Tak Setuju Dengan Hukuman!
Melalui komen-komen yang dimuntahkan oleh netizen di laman sosial, ternyata kebanyakan daripada mereka tidak bersetuju dan mempertikaikan hukuman penjara yang dikenakan ke atas penganggur tersebut gara-gara mencuri enam tin sardin yang bernilai RM 33.30 itu.
Tapi Tunggu! Jangan Melatah Dulu!
Ternyata ramai yang mungkin terlepas pandang pernyataan diatas. Lumrah di laman sosial, keyboard warrior lantang berkomentar tanpa memahami sepenuhnya situasi yang sebenarnya terjadi.
Namun, berbalik kepada persoalan pokok—netizen naik marah penganggur dipenjara kerana mencuri, apakah memang sifat orang kita bersetuju dengan konsep ‘matlamat menghalalkan cara’?
Tepuk dada, tanya selera.