Setiap hasrat untuk memeterai ikatan pernikahan itu haruslah disertai dengan niat yang baik dan ikhlas. Perkahwinan memerlukan perancangan untuk membentuk keluarga yang bahagia dan diredhai Allah SWT.
Alangkah beruntungnya lelaki ini kerana bukan sahaja mendapat doa ucapan selamat sempena perkahwinan yang bakal didirikan, malah turut diberikan warkah buat pengantin yang dikongsikan oleh ustaz bergelar mufti ini. Mari bersama-sama menghayati nasihat yang diberikan oleh Ustaz Dr. Zulkifli ini, moga boleh dimanfaatkan oleh mereka yang bakal atau telah mendirikan alam rumah tangga.