Semalam pasukan bola sepak Malaysia tumpas di tangan Vietnam dengan kekalahan 1-0. Walaupun Malaysia bermain dengan sangat baik tapi nasib tak menyebelahi kita. Disebalik persembahan yang dipamerkan oleh pasukan Harimau Malaya, ada seorang pemain yang menarik perhatian peminat bola sepak tempatan dan juga bagi gadis-gadis di luar sana.
Pemain yang kami maksudkan itu ialah Darren Lok. Jambu, sado, muka persis pelakon Hollywood, Chaning Tatum dan macam-macam lagi. Anda mesti nak tahu siapa disebalik hero baru pasukan bola sepak Malaysia ni kan? Haa, meh kami share apa yang kami tahu mengenai Darren Lok ni.
Kacukan Malaysia-English
Sekali tengok confirm dah tau yang Darren Lok ni ada darah campuran. Untuk pengetahuan anda, Darren ada mempunyai darah campuran Cina dan English.
Lahir di Johor
Dan kalau korang nak tahu juga Darren punya tempat ialah di Johor dan dia sekarang ni berusia 25 tahun
Dan bermain untuk JDT
Yes, sekarang ni dia bersama dengan pasukan yang famous dengan tagline ‘luaskan kuasamu’, JDT. Tapi sebelum dengan JDT, dia telah bermain dengan beberapa kelab di England.
Dikatakan mirip muka sama dengan Chaning Tatum
Ramai yang cakap Darren ni sekali pandang saling tak tumpah muka macam pelakon Hollywood, Chaning Tatum. Hmm, ada lah mirip sikit. Hehe
Sudah berpunya
Sorry girls, Darren Lok sudah berpunya. Boleh tahan comel awek dia ni.
Baru dapat panggilan untuk bermain dengan Malaysia
Baru buat satu penampilan dengan pasukan JDT, Darren Lok telah menarik perhatian Ong Kim Swee dan terus serap masuk dalam pasukan Harimau Malaya. Sekarang ni mereka dalam kempen AFF Suzuki Cup dengan rekod satu menang dan satu kalah.
Kami ucapkan selamat maju jaya untuk Darren Lok dan pasukan. Make us proud!
Sumber: Instagram Darren Lok