Kami pasti ramai rakyat Malaysia yang layan filem Star Wars kan? Lagi-lagi orang ‘lama’ sebab Star Wars ni telah diterbitkan sejak tahun 1977 lagi. Sejak dari tu, filem ini telah menarik ramai golongan dewasa dan muda untuk mengikuti aksi pertembungan penuh aksi dari watak-watak seperti Han Solo, Darth Vader, Jedi, Obi Wan Kenobi dan lain-lain lagi.
Terbaru, Star Wars akan kembali menemui para peminat dengan filem terbaru Star Wars: Rogue One. Filem ni antara siri yang ditunggu orang ramai selepas filem Star Wars: The Force Awakens. Dengar cerita ramai yang dah beli tiket awal-awal sebab nak tengok filem ni. Enjoy the movie guys!
Star Wars kini kembali!
Baru-baru ni kami berkesempatan ke Hong Kong untuk menemu ramah salah seorang pelakon Star Wars: Rogue One, iaitu Donnie Yen (memegang watak sebagai Chirrut Imwe). Menurut beliau dia rasa amat bertuah kerana berpeluang menjadi wakil pelakon dari Asia untuk berlakon dalam filem popular di dunia ni. Kami juga ada bertanya beberapa soalan lain.. Nak tahu apa soalannya? Jom layan video di atas ni.
Okay, kami ingin kongsi sedikit sinopsis dari filem ni. Filem ni merupakan prequel kepada filem Star Wars yang pertama. Ia menceritakan kisah mendebarkan bagaimana sekumpulan ‘masyarakat yang tak berguna’ memperjuangkan hak kebebasan, termasuk seorang bekas tentera yang kini jadi banduan (Felicity Jones), orang dalam Rebel Alliance (Diego Luna) dan robot yang dapat melihat (Alan Tudyk) bekerja bersama-sama untuk mencari pelan induk rahsia Death Star.
Apa? boleh faham ke bagi sesiapa yang tak layan siri Star Wars ni? Jangan risau. Anda boleh layan filem ni, dan ia akan membuatkan anda supaya layan balik filem Star Wars dari episod lama untuk faham filem Star Wars ni dengan lebih lanjut.
Jadi jangan lupa untuk serbu pawagam berdekatan anda kerana filem ni secara rasminya akan ditayangkan pada 15 Disember 2016 (Khamis). Jangan lupa ajak mak ayah sekali tengok filem ni, mana tahu diorang peminat no 1 Star Wars ke? Haaa!