Program Gegar Vaganza sering kali terpalit dengan isu kontroversi terutamanya melibatkan para peserta serta juri dan kerana itu jugalah rancangan ini sering mendapat perhatian para penonton. Lain pula ceritanya pada musim ini apabila kontroversi sering melanda pengacara program tersebut iaitu Nabil Ahmad dan Jihan Musa. Nampaknya isu Dato’ Prof. Chef Wan dan Nabil ini masih belum berkesudahan.
Terbaru, Chef Wan sekali lagi secara terbuka mengkritik mutu pengacaraan Nabil pada konsert minggu ke-4 yang berlangsung semalam. Beliau berkata Nabil perlu belajar untuk senyap dan jangan menyampuk dengan perkara yang menyakitkan hati ketika juri melontarkan pandangan. Lantaran itu, Nabil telah memuat naik satu video yang ditujukan khas kepada Chef Wan di laman Instagram untuk membalas kenyataan beliau.
Buka ruang masyarakat hina saya
Selepas Chef Wan yg bermulut lancang sound Nabil di IG. Nabil pantas memberi respon. Terbaik Nabil!
Nak menegur biar kena tempat? pic.twitter.com/CfX7X0LIYh
— TELOR Goyang (@telor_goyang) November 20, 2017
https://www.instagram.com/p/BbtfdCgAyud/?hl=en&taken-by=nabilzira
Nabil ternyata kurang senang dengan cara Chef Wan melontarkan kritikan kerana baginya tindakan Chef Wan tersebut seolah-olah sengaja membuka ruang kepada masyarakat untuk menghina dan mencaci dirinya. Nabil turut berkata GegarVaganza sudah pun memasuki musim ke-4 dan konsepnya masih sama. Oleh itu, gunakanlah ruang atau platform yang betul untuk melontarkan pandangan.
Terima kasih diatas komen tersebut
Dalam pada itu, Nabil turut berterima kasih kepada Chef Wan diatas nasihat yang berguna itu dan dia berusaha akan mengubah mutu pengacaraannya pada masa akan datang. Nabil juga berterima kasih kepada para peminat GV4 yang tidak putus-putus menyokong beliau dari musim pertama hinggalah sekarang.
Harap kes ini boleh diselesaikan dengan baik lah!
Sumber: Nabil Ahmad, Telur goyang