Dalam membesarkan anak-anak, banyak cabaran yang harus ibu bapa hadapi untuk memastikan mereka menjadi insan yang berguna. Anak-anak diibaratkan seperti kain putih, ibu bapalah yang bertanggungjawab mencorakkan keperibadian anak-anak mereka. Itulah yang dikongsikan oleh Ozlynn Wati isteri kepada pelawak terkenal Johan di laman Instagram mereka.
Gambar tersebut menunjukkan Johan sedang melihat cctv rumahnya untuk memeriksa sama ada anaknya bangun atau tidak untuk menunaikan solat subuh. Post tersebut turut diselitkan dengan nasihat dan pesanan kepada para peminatnya untuk dikongsikan pada hari Jumaat yang penuh keberkatan ini.
Tak hidup dek pujian, tak mati dek kejian
Ozlynn berpesan kepada peminatnya untuk sentiasa menjaga perhubungan sesama ahli keluarga kerana itulah rahsia kebahagian sesebuah keluarga. Ozlynn turut mengingatkan supaya kita terus sabar menangkis segala fitnah manusia dan banyakkan berdoa kerana yang lebih berkuasa hanyalah Dia.
Netizen ucap terima kasih
Ternyata post tersebut telah menaikkan semangat ramai peminatnya untuk memulakan hari mereka. Ramai diantara mereka mengucapkan terima kasih dan turut mendoakan kebahagian keluarga Johan dan Ozlynn.
Diharap hubungan kekeluargaan yang ditunjukkan oleh Johan dan Ozlynn dapat menjadi contoh kepada keluarga lain diluar sana.
Sumber: Jozlynnhanania