Emma Maembong diketahui sangat rapat dengan keluarganya. Kadang-kadang macam kawan rapat pun ada cara mereka adik-beradik berinteraksi. Mesti best kan kalau rapat dengan adik-beradik macam diorang, macam tak ada jurang langsung.
Pelakon cantik ini ada memuatnaik sekeping foto bersama adiknya yang mencium pipinya. Biasalah kan adik, dengan siapa lagi nak bermanja? Namun foto berkenaan mendapat kecaman netizen yang serkap jarang menuduh yang bukan-bukan.
Dihentam netizen yang hanya tahu nak kecam
Siapa sangka foto berkenaan menerima kecaman bertalu-talu daripada netizen yang menyangka lelaki dalam gambar berkenaan adalah teman istimewa Emma. Walhal dia telah tag nama adiknya, Ahmad Maembong pada gambar tersebut. Ada ke patut?
Seronok sangat dapat dicium percuma
Tak cukup iman
Nak cium tu cuba cari tempat yang ok sikit
Rapat dengan ayoh kena kecam, dengan adik pun kena kecam
Adik beradik pun mau kecam
Alahai, sebelum apa-apa, lebih baik netizen membuat ‘siasatan’ terlebih dahulu. Kan dah malu sendiri. Jangan serkap jarang okay?
Sumber: Emma Maembong