Sehari selepas berita penahanan Datuk Farid Kamil, adiknya Fadzil Zahari memberitahu bahawa abangnya sangat rindukan anak-anaknya sehingga Farid kelihatan murung. Selepas itu, Datin Diana Danielle pula tampil memberi kenyataan bahawa tiada arahan untuk menghalang suaminya dari mendekati anak-anak mereka.
Artikel berkaitan: Tak Pernah Keluar Arahan Larang Farid Kamil Dekati Anak- Diana Danielle
Semestinya isu itu tempias kepada keluarga Farid dan Diana. Berhubung dengan isu tersebut, ini pula penjelasan dari ibu mertua Farid, Norsiah Ramli.
Sedih, kecewa dakwaan halang Farid jumpa anak-anak
Foto kredit: Berita Harian
Ibu kepada Diana, Norsiah Ramli terkilan apabila ada pihak mengatakan bahawa dia menjadi penghalang untuk Farid berjumpa dengan dua anaknya iaitu Muhammad (4 Tahun) dan Nur Aurora (2 Tahun). Tambah Norsiah, dia tidak pernah melarang Farid bertemu anak-anaknya yang juga tinggal bersamanya ketika Farid dan Diana keluar bekerja.
Saya sedih apabila keluar kenyataan mendakwa Farid merindui anak-anaknya. Kenyataan itu seolah-olah saya menjadi penghalang Farid bertemu anaknya sehingga menyebabkan dia tertekan.
Tiada sebab untuk saya berbuat demikian kerana mereka adalah darah dagingnya. Saya hanya memegang amanah menjaga cucu dan tidak pernah mencampuri urusan peribadi Farid serta Diana.
Tidak mahu komen, serahkan pada pihak polis
Selain itu, Norsiah turut berkata bahawa Diana dan Farid menetap di tingkat atas kediamannya di sebuah bangunan kondominium dan mereka bebas datang melawat atau mengambil anak-anak mereka. Norsiah juga terkejut bila mendapat tahu Farid tertekan kerana merindui Muhammad dan Aurora.
Saya juga sering berulang-alik ke rumah mereka mengambil barang cucu. Ada juga saya bertemu Farid di rumahnya.
Bila ditanya mengenai penahanan menantunya, ini jawapan Norsiah;
Biar pihak berkuasa menjalankan siasatan. Saya tidak mahu mencampuri urusan mereka.
Sumber: Twitter Berita Harian