Pelakon terkenal Sharnaaz Ahmad sebelum ini pernah meluahkan rasa terkilan dengan individu yang menyebarkan gambar Farid Kamil ketika dalam tahanan polis. Menurut Sharnaaz, tidak perlulah membuka aib kerana perkara tersebut boleh menyebabkan maruah keluarga Farid tercalar.
Artikel berkaitan : ‘Kepada Musibat Yang Bocorkan Gambar Tu..’ – Respon Sharnaaz Ahmad Isu Farid Kamil
Terbaru, Sharnaaz di Instagram ada menulis kata-kata sokongan kepada rakan artisnya itu. Menurut Sharnaaz lagi, manusia yang melakukan kesalahan boleh dihukum tapi bukan diaibkan.
Farid Kamil adalah idola aku
Farid kamil adalah idola aku (anak halal) lakonan padu bro, dan dia adalah hero pertama aku berlakon dalam industri.. Masa tu aku first time shoot tele movie sparring dengan Farid Kamil.. Dan dia seorang yg sangat baik.. Cuma mula agak kerek sikit, tapi dah warm up terus jadi member..
Manusia buat salah boleh dihukum tapi bukan diaibkan
Apa aku nak cakap kat sini, aku sendiri banyak kali lakukan kesalahan bergaduh bertumbuk masuk mahkamah kena denda bla bla bla.. Tetapi siapakah anda atau aku untuk menghukum pesalah? Anda juri tetap? Anda hakim? Anda ketua agama? Atau anda yg kena tibai? Tentu bukan, manusia melakukan kesalahan boleh dihukum TETAPI BUKAN MENGAIBKAN!!! ..
Manusia yang hebat adalah manusia yang berani bangkit selepas tewas
Farid gua tau lu bukan ini macam punya orang, kami kawan kawan mesti support lu apa cara pun.. Jangan ingat lu tak ada orang belakang lu.. Kami doa semoga Allah permudahkan dan ringankan dugaan hang dan family.. Dan pada Diana danial, laki hang teruk kena ni, jangan give up Diana.. Kami sayang hangpa dua org.. Kekuatan dia ada pada hang. Masalah boleh selesai insyaAllah kalau sama sama matang dan redha.. Dan last aku nak cakap.. Manusia yang hebat adalah manusia yg berani bangkit selepas tewas.. Dan aku percaya Farid manusia hebat itu… Dari seorang kawan – Sharnaaz Ahmad
Sumber : ig Sharnaaz Ahmad