Selain Yusuf Iskandar, anak pasangan Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam, Syeriv Samheizy antara yang mencuri perhatian netizen ketika ini. Keletahnya yang comel ditambah pula dengan gelagat Syatilla yang gila-gila membuatkan pengikut di Instagram tak jemu-jemu mengikuti perkembangan harian mereka.
Namun tindakan Syatilla yang dilihat berlebihan ketika bermain dengan anak sulungnya itu membuatkan netizen kurang senang. Ramai yang ‘gerun’ melihat tindakan pelakon itu yang memperlakukan Syeriv seperti anak patung!
‘Macam patung kedai Cina’
https://www.instagram.com/p/Bd2veNnjqhX/?hl=en&taken-by=syerivsamheizy
Dalam video berkenaan Syatilla memegang lengan Syeriv dan menggoncangnya. Antara dialog yang didengari adalah Syeriv atau manja dipanggil Matyip sama dengan patung kucing di kedai Cina. Mungkin niat hanya ingin bergurau dan berseloroh, namun netizen tidak merasakan sedemikian.
Kebanyakannya menasihati Syatilla untuk tidak terlalu berkasar kerana bimbangkan keselamatan Syeriv yang mempunyai tulang lembut kerana usianya. Mungkin ramai yang mengambil berat dan tidak mahu sesuatu tidak diingini berlaku kepada anak pasangan itu.
Tulang Matyip lembut lagi takut terkehel
Nasib baik tak patah tangan hang
Jangan la buat tangan anak macam tu
Sumber: Syeriv Samheizy