Sejak dari minggu lepas isu Dato’ Farid Kamil masih lagi menjadi bualan hangat netizen. Pelakon itu mengucapkan rasa syukur selepas dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak 12 ribu menerusi live dari Berita Harian.
Artikel Berkaitan : ‘Alhamdulillah.. Syukur Kepada Allah Yang Telah Berikan Jalan Cerita Dalam Hidup Saya’ – Farid Kamil
Terbaru, adik kepada Farid iaitu Fadzil turut meluahkan rasa syukur selepas abangnya dibebaskan. Status terbarunya di Facebook membuatkan ramai netizen tersentuh hati. Rata-ratanya memuji hubungan kuat di antara mereka.
Terima kasih pada semua yang bersama kami
Alhamdulillah… terima kasih Allah…
Kecik kecik dulu kami selalu bergaduh & mama abah selalu marah…
“Lidi kalau sebatang, senang ja orang nak patahkan, tapi cuba kamu ikat lidi tu banyak banyak, cuba patahkan? Susah dak?
Sama la kamu adik beradik, kalau sorang sorang kamu mudah di jatuhkan, tapi kalau kamu bersatu, insyaAllah…” – MAMATerima kasih pada semua yang berada bersama kami dari hari pertama.
Terima kasih pada yang sentiasa mendoakan.
Terima kasih pada PDRM..
Terima kasih semua…
Berkat bersatu adik beradik
Sumber : Fadzil Zahari