Gangguan seksual boleh terjadi di mana-mana. Malahan, sesiapa sahaja boleh terdedah menjadi mangsa kepada jenayah ini. Apa yang lebih menakutkan adalah mereka yang cenderung ke arah bayi secara seksual. Dengar pun sudah menyeramkan bukan?
Namun apa yang terjadi kepada seorang ibu dan bayinya lebih menakutkan. Kejadian tersebut nyata meninggalkan kesan mendalam kepada dirinya yang tidak berupaya berbuat apa-apa kerana terlalu terkejut.
Beratur beli makanan, ada budak lelaki geletek baby
Ibu berkenaan, Mieja Ibrahim menceritakan detik-detik mengejutkan yang terjadi kepadanya ketika beratur membeli makanan di sebuah pusat beli-belah di Damansara. Dia didatangi seorang budak lelaki dalam lingkungan 6 hingga 7 tahun yang menegur menggeletek bayinya yang berada di dalam stroller.
Tetiba dia cakap…
Apa yang mengejutkanny adalah ‘permintaan’ budak berkenaan yang mahu memegang bahagian sulit bayinya dan terus memegangnya. Tindakan budak itu membuatnya terkedu dan tidak terlintas untuk menepis tangan budak itu.
Marah, sakit hati & malu
Wanita ini meluahkan rasa marah, sakit hati dan malu dengan apa yang terjadi. Dia juga memohon kepada ibu bapa untuk mendidik sebaiknya anak-anak supaya menghormati orang lain dan tidak menyentuh orang tanpa keizinan mereka.
Netizen kongsi pengalaman serupa
Ada yang tak kena dengan budak tu
Pernah kena dengan budak 5, 6 tahun
Sumber: Mieja Ibrahim