Sebatang pokok dilaporkan tumbang dan menghempap penunggang motosikal dan pembonceng di Jalan Ampang, berhampiran Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) jam 7.43 pagi tadi.
Kejadian itu dilaporkan Pusat Pengurusan Pengangkutan Bersepadu (ITIS) yang menerima laporan kejadian dari akaun Twitter KLCC Elevators.
JBPM bergegas ke tempat kejadian
Pokok Tumbang Hempap Orang
Sebatang pokok besar tumbang dan menghempap seorang penunggang motosikal dan pemboncengnya menyebabkan kecederaan di bahagian kepala. pic.twitter.com/TPHHBMP0UR
— Berita TV3 (@BuletinTV3) March 5, 2018
Sebatang pokok tumbang dan menghempap seorang penunggang motosikal di Jalan Ampang berdekatan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), pada jam 7.43 pagi tadi. – Video ihsan pembaca pic.twitter.com/B68eG4yBGd
— Berita Harian (@bharianmy) March 5, 2018
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dalam satu kenyataan pada hari ini melaporkan pihaknya bergegas ke tempat kejadian pada jam 7.50 pagi. Turut kelihatan adalah anggota Polis Diraja Malaysia.
Menurut laporan setakat ini, mangsa dikatakan mengalami kecederaan namun tidak dapat dipastikan tahap keparahan dialami.
Kerja-kerja pembersihan dijalankan
Sumber:Buletin TV3, Berita Harian, ITIS DBKL