Rumah yang sudah lama tidak dihuni berkemungkinan akan dihuni oleh jin. Namun, tidak semua rumah yang dibiarkan kosong menjadi tempat makhluk halus bertandang. Kita harus sentiasa menjaga rumah dari terus sunyi tanpa penghuni.
Pengguna Facebook, Norul Suhaida Musa berkongsi pengalaman seram rakannya yang baru selesai mengemas rumah ketinggalan arwah ibu di kampung. Selepas mengemas, dia mendapati sesuatu ‘aneh’ dalam foto yang diambil.
Sudah lama tidak dihuni
Seorang rakan pulang ke kampung halaman bagi membersihkan kawasan rumah peninggalan arwah ibunya di kampung. Selepas membersihkan sekitar rumah, dia mengambil foto untuk dikongsi bersama adik-beradik yang lain menerusi aplikasi Whatsapp.
Apa itu?
Selepas gambar itu dikongsi, adik-beradik ini menegur ‘sesuatu’ dalam foto berkenaan. Seperti jelmaan lembaga hitam yang sedang duduk menghadap dinding.
Ini serius
Sehingga hari ini masih menjadi persoalan mengenai kewujudan ‘lembaga’ tersebut di dalam rumah itu. Adik-beradik ini bercadang pulang ke kampung dalam masa terdekat bagi meninjau keadaan rumah berkenaan.
Credit: Norul Suhaida Musa