Anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai. Mereka adalah amanah yang wajib dijaga sebaik mungkin oleh ibu bapa sebagai tanda kesyukuran mendapat harta dunia akhirat ini. Tambahan pula, tidak semua pasangan berkahwin dikurniakan anak di alam rumah tangga.
Telah banyak kita dengar keselamatan anak tergadai kerana kecuaian ibu bapa. Walaupun mungkin sudah ditakdirkan, sebagai orang tua, penting untuk mengambil langkah berjaga-jaga kerana malang tidak berbau.
Jumpa anak kecil keseorangan dalam wayang
Seorang wanita berkongsi pengalamannya terjumpa anak kecil dalam pawagam di Kuantan baru-baru ini. Pada mulanya anak itu dilihat dihantar ke dalam wayang dan pasangan dipercayai ibu bapanya itu menonton di bahagian belakang wayang. Rupa-rupanya mereka ke panggung lain menonton filem berbeza.
Apabila habis movie, anak itu kelihatan terpinga-pinga hingga ditegur wanita yang melihat kejadian itu. Ibu bapa anak tersebut telah berpesan supaya menunggu di depan panggung. Wanita itu kemudiannya meminta si kecil itu menunggu di kawasan yang boleh dilihat kamera litar tertutup (CCTV) dan tidak ke mana-mana.
Apa yang tambah mengejutkan adalah waktu yang sudah lewat iaitu 12 tengah malam dan ibu bapanya sanggup membiarkan anak keseorangan demi menonton filem. Wanita itu turut meluahkan rasa kecewanya kepada ibu bapa yang seolah tidak belajar dari pelbagai insiden malang sebelum ini.
Ada saksi tempat kejadian
Seorang saksi di tempat kejadian turut berkongsi cerita sama untuk mengesahkan perkara itu bukan direka-reka pengadu.
Kalau tau dia takut dah ajak duduk sekali
Mungkin ketakutan menonton filem mengenai raksasa, anak berkenaan berkali-kali melihat ke arah wanita itu berkemungkinan ketakutan apatah lagi panggung mereka agak lengang.
Sumber: Maya Zehra