Terbaru seorang selebriti tempatan mempromosikan produk ketinggian di laman Instagram miliknya. Tindakan itu telah menimbulkan spekulasi dari pelbagai pihak. Ini termasuk Dr. Amalina, Dr. Saz One dan Dr. Beni Rusani yang turut memberi pandangan terhadap segelintir selebriti mempromosikan produk yang kurang logik disisi pandangan sains.
Lihat, apa pandangan ketiga doktor ini terhadap produk tumbesaran dan sikap selebriti mempromosi produk tanpa menyemak fakta dari sudut sains.
Tiada ubatan untuk manusia tinggi
Dr. Beni Rusani berpendapat tiada sebarang ubatan atau makanan tambahan yang mampu meningkatkan ketinggian terhadap fizikal manusia. Melainkan hanya memakai kasut bertumit tinggi saja dapat membantu kita kelihatan tinggi.
Belajar dan kongsi fakta
Ketinggian manusia akan terhenti sekitar umur 18 hingga 20 tahun dan ketinggian kita akan mula merendah sebanyak 1 cm setiap tahun selepas umur menjangkau usia 40 tahun.
Selebriti Malaysia perlu berhati-hati
Manakala, Dr. Amalina pula berpendapat bahawa selebriti Malaysia perlu lebih berhati-hati apabila mempromosikan sebarang produk di media sosial. Jika kurang mengetahui mengenai fakta tersebut, mohon untuk rujuk kepada pakar. Hal ini berpotensi dalam memberi pengaruh kepada netizen untuk mempercayai produk berkenaan.
Fakta tumbesaran
Fakta tumbesaran terhadap ketinggian lelaki akan terhenti ketika umur 21 tahun manakala perempuan adalah pada usia 18 tahun. Ini adalah fakta menurut biologi sains dalam tubuh badan manusia.
Netizen dinasihatkan untuk memeriksa fakta terlebih dahulu sebelum mempercayai mana-mana produk kesihatan atau ketinggian ini.
Credit: Dr Amalina, Dr SazOne, Dr Beni Rusani