Siapa yang tidak kenal dengan pasangan pelakon Jep Sepahtu dan Sari Yanti ini. Sari Yanti telah dikurniakan 2 orang anak dari hasil perkahwinan sebelum ini dan berkahwin bersama Jep Sepahtu pada tahun 2017.
Mesti ramai tidak sabar menanti kehadiran anak pertama pasangan ini. Tahniah diucapkan buat Sari Yanti yang baru sahaja selamat melahirkan anak sulung. Mesti comel kan…
Jep dah jadi ayah
Menurut Gempak, pelakon Sari Yanti telah selamat melahirkan cahaya mata malam tadi. Berita kelahiran Sari Yanti telah diumumkan menerusi sebuah entri di Instagram (IG) Sinar.
‘Terima kasih, sayang’
Menerusi kapsyen di Instagram Jep Sepahtu, dia bersyukur atas kelahiran anak sulungnya itu. Malah, dia turut mengumumkan jantina anak sulung mereka iaitu baby girl. Tahniah diucapkan buat pasangan Jep dan Sari Yanti
Credit: Gempak