Sebagai sebuah negara membangun, Malaysia mempunyai jaringan pengangkutan awam yang agak memuaskan bagi kegunaan rakyat. Kewujudan tren seperti KTM, LRT, monorail dan terbaru MRT memudahkan perjalanan dengan kos yang lebih berkemampuan bagi golongan pertengahan.
Namun, ada segelintir golongan yang tidak bertanggungjawab yang seolah tidak bersyukur dengan fasiliti disediakan dengan cubaan merosakkannya.
Dibaling batu, 18 tingkap pecah
Seorang gadis menceritakan kisah bapanya yang merupakan pemandu tren dibaling batu ketika dalam perjalanan dari Sentul-Tanjung Malim-Tampin. Akibatnya, kira-kira 18 tingkap pecah kerana sikap tidak bertanggungjawab itu.
Tambahnya lagi, jika tidak menyukai kerajaan sekarang sekalipun, seharusnya keselamatan pemandu dan penumpang tren itu difikirkan dan diambil perhatian. Ujarnya lagi, jika mahu kerajaan yang lebih baik, seharusnya mereka menjadi rakyat yang bertanggungjawab dahulu.
Ramai yang sembang kencang
Minda kelas ketiga
Kes baling batu dah lama
Mungkin ada penjelasan saintifik
Ada juga berpendapat insiden itu boleh dijelaskan dengan sains iaitu fenomena ‘flying ballast. Menurut pengguna Twitter, Omar, apabila tren dengan kelajuan tinggi akan menghasilkan angin berhampiran trek dan mengakibatkan batu ‘melompat’ ke arah tren.
Sumber: Malisazam