Hari ini, menerusi Facebook DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar menggesa agar kerajaan mempercepatkan proses perlantikan Perdana Menteri yang baru daripada Pakatan Harapan yang memenangi Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) semalam.
Baginda Sultan Ibrahim turut meminta agar kerajaan mendengar dan menghormati suara rakyat Malaysia.
Gesa pelantikan segera
Saya minta semua menghormati suara rakyat yang mana rakyat nakkan kerajaan yang baru. Disini saya meminta kerajaan dilantik serta jangan dan jangan buang masa lagi. Saya harap istana negara hari ini juga melantik Perdana Menteri yang baru kerana ini kepentingan rakyat bukan kepentingan saya atau individu. Saya harap hal ini sampai kepada seluruh rakyat Johor dan Malaysia.
Melalui titah langsung baginda di laman Facebook, baginda juga turut berharap agar bangsa Johor menerima seluruh suara rakyat Malaysia.
Sumber : Sultan Ibrahim Sultan Iskandar