Seakan tidak percaya, akhirnya Tun Dr Mahathir kembali mentadbir kembali kerajaan Malaysia selepas menang besar di Pilihan Raya tahun ini. Orang awam termasuk artis mula berani menyuarakan pendapat dan tak kurang juga yang menyokong perubahan kerajaan kali ini.
Sumber Berkaitan : ‘Welcome Back Tun!’ – Barisan Selebriti Pamer Sokongan Terhadap Tun Mahathir
Tidak terkecuali, Syafiq Yusof selaku pengarah filem tanah air turut bersuara meminta kerajaan baru memberikan hak kebebasan mereka dalam berkarya. Agak-agak lepas ini boleh setaraf filem Hollywood tak?
Kami mahu hak kebebasan dalam berkarya
Menerusi tweet terbaru Syafiq Yusof, dia berharap ada perubahan dalam industri perfileman selain dari pelaksanaan undang-undang yang telus. Memang logik juga apa diperkatakan memandangkan filem-filem Malaysia masih tidak dapat memasuki pasaran dunia. Harap lepas ini mungkin filem Malaysia akan terkenal di mata dunia dan setanding dengan filem mereka. Segalanya tidak mustahil kan?
Ramai setuju
Sumber : Syafiq Yusof