Meskipun pentadbiran Malaysia sudah berganti tangan namun rata-rata rakyat negara ini masih melemparkan kata negatif kepada parti lain. Senario ini telah mewujudkan suasana kurang aman dalam kalangan masyarakat sendiri.
Ajak Shiro menerusi laman Instagram peribadinya meluahkan rasa kesal dengan segelintir rakyat Malaysia yang masih melemparkan kata negatif buat parti politik tertentu. Sikap demikian perlu berubah seiring perubahan pentadbiran negara hari ini.
Berhenti caci maki, sindir di Facebook
Ini apa Saya rasa…tak setuju x mengapa?
.
#Adab#HormatMenghormati#AnakCucuTengokWei
Penyampai radio dan pelawak ini meluahkan rasa kesal terhadap segelintir rakyat Malaysia yang masih bersikap demikian. Dia menyifatkan tindakan netizen itu adalah tidak matang. Malah, dia juga sedih apabila UMNO tewas dalam pilihanraya lepas kerana parti ini pernah menerajui negara selama 60 tahun.
Sumber: Ajak Shiro