berita

Didakwa Tak Mengundi Tapi ‘Sembang Kemaih’, Caprice Selar Pengikut Otak Sempit

May 12th, 2018 | by faris
Kini Trending

Isu selebriti dan sokongan kepada pemerintah menjadi bualan hangat di laman sosial setelah parti pembangkang kini bertukar menjadi parti pemerintah.

Proses transisi berjalan lancar setakat ini namun ada isu berbangkit melibatkan selebriti tempatan apabila ada yang menunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kerajaan sekarang namun ada suara yang mempertikaikannya.

Ada khabar angin cakap Caprice tak mengundi

Seorang pengguna laman sosial bertanyakan secara peribadi kepada Caprice sama ada dia mengundi pada pilihanraya 9 Mei lalu. Tambah individu itu, ada khabar angin bertiup kencang mengatakan Caprice tidak menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat.

Tambah pedas, individu itu berpesan kepada Caprice untuk mendiamkan diri dari terlalu lantang kerana tidak mengundi tempoh hari.

Kenapa tak jawab?

Pertanyaan itu bagaimanapun tidak dijawab oleh Caprice namun meminta individu itu menunjukkan bukti jika benar dirinya penyokong kepada mana-mana parti bertanding.

Pengikut itu kemudiannya membuat andaian personaliti yang sinonim dengan trademark ‘Bang bang’ itu tidak keluar mengundi beberapa hari lalu.

Ini respon Caprice

Tidak mengalah, Caprice kemudiannya menyenaraikan projek kendaliannya yang menjadi sumbangan kepada rakyat. Antaranya adalah Classruum, Jihad in Education, aplikasi Mengaji.com, membangunkan sistem bagi mengurus derma masjid serta Umrahloka yang membantu mencegah penipuan pakej umrah.

Menggelar individu itu sebagai muka lawa tapi otak sempit, Caprice menambah apa yang dilakukannya itu dibuat kerana rasa sayang kepada tanah air dan tidak condong kepada mana-mana parti politik.

Sumber: Caprice , Alainaib

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×