Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, menjalankan pemeriksaan ke atas satu daripada tiga unit kediaman mewah peribadi milik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pavilion Residence Apartment, Kuala Lumpur pada dua hari lepas.
Menurut Metro Online, pengeledahan dan pemeriksaan dibuat bagi membantu siasatan mengikut Akta Pengubahan Wang Haram. Peguam Najib, Datuk Harpal Singh Grewal berkata pengeledahan mengambil masa selama 6 jam, namun tiada sebarang dokumen dirampas.
Najib meluahkan rasa tidak puas hati
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan polis yang mengambil masa terlalu lama hampir 24 jam untuk melakukan penggeledahan di kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, Kuala Lumpur, sejak malam tadi.
Pihak polis juga menggerudi sebuah peti besi lama milik keluarga itu yang dilakukan sejak jam 8.30 pagi tadi dan sehingga kini belum selesai menyebabkan keluarga Najib berasa terganggu apatah lagi hari pertama umat Islam menyambut Ramadan.
Menganggu tidur Najib dan keluarga
Menurut peguamnya, kunci peti besi berkenaan sudah hilang menyebabkan polis terpaksa menggerudi untuk mengenal pasti isi kandungannya.
Sejak 8.30 pagi tadi, beberapa pegawai polis menggerudi peti besi berkenaan yang tidak pernah dibuka sejak 20 tahun lalu kerana kuncinya sudah lama hilang. Proses penggerudian yang berlarutan sehingga 5 petang menimbulkan gangguan yang menjejaskan ketenangan di kediaman keluarga Najib.
Tindakan pihak polis itu sedikkit sebanyak dapat menjejaskan ibadat puasa bekas Perdana Menteri serta ahli keluarga dan staf yang bertugas di situ.
Hari ini adalah hari pertama berpuasa, kehadiran polis menimbulkan gangguan untuk keluarga itu bersahur dan berbuka puasa. Selain itu, kehadiran antara 50 hingga 60 anggota polis melakukan pemeriksaan menimbulkan tekanan perasaan selain mengganggu tidur Najib dan keluarganya.
Sedia beri kerjasama sepenuhnya
Najib dan keluarganya bersedia memberi kerjasama penuh kepada polis, namun tindakan penggeledahan memakan masa terlalu panjang menimbulkan gangguan kepada keluarganya. Sehingga kini, polis tidak menemui sebarang dokumen yang mereka cari, hanya merampas beberapa barangan yang kita yakin tidak membantu untuk siasatan mereka.
Pihak polis tidak mengambil apa-apa dokumen, namun mereka hanya merampas sejumlah 284 kotak, 72 bagasi mengandungi wang tunai, beg berjenama dan barangan bernilai termasuk jam tangan. Sehingga kini, pihak polis menemui sebarang bukti.
Sumber: Metro Online