Penggeledahan pihak polis di kediaman bekas menteri, Dato’ Seri Najib Razak menemukan ratusan beg berjenama Birkin dengan nilai dianggarkan berjumlah jutaan Ringgit.
Susulan itu, ada yang membuat ‘siasatan’ sendiri cuba membandingkan keluarga Tun Mahathir dengan kemewahan yang dimiliki DS Najib.
Cucu Tun M umur 20 dah ada Hermes Birkin?
Seorang pengguna Twitter mempersoal bagaimana cucu kepada Tun Mahathir yang berumur 20 tahun boleh memiliki beg tangan Hermes Birkin. Berdasarkan penelitian, beg berkenaan mencecah puluhan ribu hingga ratusan ribu bergantung kepada material digunakan.
Netizen tidak setuju
Namun, tweet berkenaan tidak dipersetujui ramai. Malahan ada yang tidak faham mengapa isu ini perlu ditimbulkan.
Ally Mukhriz anak jutawan
Kenapa nak samakan Tun M dengan cucu?
Bapa dia bukan pegawai kerajaan
Dia bukan ahli kabinet, kenapa nak tahu?
Pengguna Twitter lain tampil mempersoal kenapa apa yang digunakan oleh cucu Tun M perlu diambil tahu oleh semua kerana Ally bukanlah ahli kabinet ataupun orang politik.
Sumber: Twitter