Semalam, viral di media sosial apabila pelakon Sharnaaz Ahmad lantang memberi amaran buat Faiz Roslan. Video parodi berbaur luncah itu mendapat pelbagai respon negatif netizen termasuk beberapa rakan artis yang lain.
Artikel Berkaitan : ‘Aku Dengaq Hang Menjawab, Hang Jaga!’ – Sharnaaz Ahmad Warning Faiz Roslan Muatnaik Video Cemari Ramadan
Tak cukup dengan itu, Sharnaaz sekali lagi bengang apabila dirinya dikaitkan dalam permohonan maaf personaliti media itu. Walaupun tidak menyebut namanya, namun jelas hanya Sharnaaz yang mengugut untuk memukulnya di laman Twitter.
Awak siapa nak buat begitu?
Menerusi permohonan maaf terbuka dari Faiz Roslan, dia tidak puas hati dengan ugutan diterima. Tambahnya, emak kandung sendiri tidak pernah memukulnya. Kenyataan dibuat oleh personaliti media sosial itu membuatkan Sharnaaz semakin berang.
Sekali lagi confirm aku sebat hang
Sebab mak ang tak pernah pukul lah hang jadi barua macam ni.. kurang ajar sampai tahap macam ni.. takpa mak ang tak mau pukoi, ramai lagi beratoq nak pukoi hang.. ancaman? Ikut hang lah bak macam mana. Sekali lagi confirm aku sebat hang. Pi report burung.
Dapatkan alamat dia
Dapatkan alamat dia, boleh dm sy.. terima kasih.. nampaknya bapok ni terlalu kurang ajar dan biadap..
Ramai menyuruh pelakon itu bersabar dan menganggap ianya lupakannya sempena bulan Ramadan. Harap kes ini dapat diselesaikan dengan baik. Jangan sampai adegan pukul memukul okay.
Respon netizen
Sumber : Sharnaaz Ahmad