Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Dr. Wan Azizah dikenali sebagai wanita yang penyayang dan cekal dalam menempuh setiap dugaan hidup. Ini terbukti beberapa video tular semasa saat pembebasan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tempoh hari. Dia bersyukur dan memeluk erat tubuh suaminya.
Ini pula reaksi Dato Seri Dr. Wan Azizah semasa menerima kejutan kehadiran anak perempuannya, Nurul Hana yang baru saja pulang dari luar negara. Sebak hati netizen melihat momen ini.
Kejutan buat ibu sempena bulan mulia
https://www.instagram.com/p/Bi_74buA0hl/?taken-by=drwanazizah
Nurul Hana baru saja pulang dari Amerika Syarikat terus menuju ke rumah ibunya untuk bertemu keluarga tersayang. Video ini telah menyebabkan ramai netizen sebak akan pertemuaan antara ibu dan anak setelah sekian lama.
Keluarga contoh
Sebak lihat momen ini
Ramadhan sangat bermakna
Sumber inspirasi
Sumber: Dr Wan Azizah