Sebut pasal Sydney dan New South Wales, semua orang teringat cuaca yang redup, pantai dan pelabuhan cantik-cantik sekitar Sydney serta banyak lagi lokasi yang menjadi tarikan pelancong kat sana. Siapa pernah pergi, mesti tau macam mana suasana indah sambil menghirup udara segar pagi-pagi. Feeling wei!
Admin rasa, mesti ramai nak pergi Sydney dan New South Wales tapi hajat belum berkesampaian dan tak tau sangat apa yang ada kat sana. Jangan risau… Kali ni, kami senaraikan 4 lokasi menarik korang wajib pergi kalau melancong ke Sydney dan New South Wales. Dah baca, jangan lupa share bagi kawan-kawan baca tau!
1. The Blue Mountains
Kalau pergi Sydney, korang wajib singgah tempat ni sebab ia kawasan paling bersejarah dan hanya 90 minit je drive dari Sydney. Kat sini, ada banyak gunung cantik-cantik yang terkenal dengan pemandangan dramatik, tebing tebal, air terjun dan gua batu kapur. Apa lagi yang menarik?
Jom lawat Scenic World dan meluncur di antara batu kapur dengan cable car tertinggi Australia, Scenic Skyway atau kereta api paling menggerunkan di dunia, Scenic Railway. Selepas itu, korang boleh meneroka gua Jenolan sambil menyelusuri sungai bawah tanah dan stalaktik menarik yang ada kat dalam tu…
Suasana matahari terbit dan terbenam kat sana pun lawa tau! Jangan terlepas untuk menikmati pemandangan indah itu di spot menarik seperti Sublime Point atau Govett’s Leap. Malah, ada persembahan tradisional Aboriginal untuk korang yang sukakannya di Waradah Aboriginal Centre. Best kan?
2. Grand Pacific Drive
Kalau korang rajin dan suka drive, New South Wales adalah kawasan paling tenang untuk korang memandu di jalan-jalan kat sana. Enjoy drive sambil tengok taman negara, tebing laut dan pantai berkilauan kat tepi korang, yang mana menjadi habitat semulajadi ikan lumba-lumba, ikan paus, kanggaru dan anjing laut.
Korang juga boleh masuk taman negara tertua Australia, Taman Negara Diraja yang mana ia juga adalah taman negara kedua tertua di dunia. Boleh tengok tinggalan raja-raja zaman dulu. Lepas tu, drive sikit ke Sea Cliff Bridge, Skydive the Beach di Wollongong atau meluncur sambil bergantung di Hill Lookout.
Haa, kalau korang suka makan buah epal dan pic, korang boleh petik sendiri di Glenbernie Orchard Apple Shack. Kalau korang suka tengok haiwan seperti kanggaru, koala dan wombat, boleh pergi ke Symbio Wildlife Park.
Nak tengok lubang terbesar yang memancutkan air macam ikan paus tu? Haa, datang ke Kiama Blowhole. Kalau nak tengok ikan paus sebenar dan ikan lumba-lumba, pergi ke Jervis Bay.
3. Hunter Valley
Kat Hunter Valley, ada Hunter Valley Cheese Company, yang mana korang boleh rasa pelbagai jenis keju. Memang sesuai untuk penggemar keju! Kalau nak rasa coklat, boleh ke Hunter Valley Chocolate Company dan rasa coklat buatan tangan sendiri! Lepas tu, bawak anak-anak ke Hunter Valley Gardens, mesti diorang suka taman buku!
4. Port Stephens
Dikenali sebagai Dolphin Capital of Australia dan hanya 3 jam ke arah Utara dari Sydney, kat sinilah lokasi ikan lumba-lumba liar bermain-main dalam air yang jernih dari bulan Mei hingga November. Nak tengok secara dekat, korang boleh naik bot yang ada kat situ.
Kalau rasa nak bagi makan anak ikan jerung, boleh pergi ke Irukandji Shark & Ray Encounters. Comel-comel semuanya!
Pendaki gunung yang nak rasa cabaran sebenar, boleh naik ke Tomaree Head untuk pemandangan 360 darjah paling menakjubkan sepanjang pantai. Memang cantik!
Untuk korang yang suka aktiviti mencabar seperti basikal quad, meluncur atas pasir dan 4WD pulak, jom rasai pengalaman tu di sepanjang bukit pasir yang menggunung di Stockton Beach. Ia merupakan bukit pasir terbesar di Hemisfera Selatan. Korang dah sedia?
Rasa-rasa macam nak enjoy hidupan liar, boleh datang ke Oakvale Farm & Fauna World. Lepas tu, korang boleh rasa tiram segar dan makanan laut asli panggang di restoran berdekatan. Fuh, lapar rasanya sekarang ni!
Nak pergi Sydney & New South Wales? AirAsiaGO buat promosi RM1499/seorang untuk 6H5M termasuk tiket penerbangan & hotel. Jom?
Kami boleh katakan, ini adalah tawaran paling murah untuk melancong ke New South Wales dan kawasan sekitar seperti Sydney dan sebagainya setakat ini. Mana nak dapat selain AirAsiaGO yang sememangnya terkenal sebagai penyedia pakej pelancongan termurah untuk hotel dan penerbangan selama ni? Boleh ajak kawan dan keluarga!
Bermula dari sekarang hingga 30 Jun, AirAsiaGO menawarkan percutian ke Sydney & New South Wales dengan harga serendah RM1499/seorang selama 6 hari 5 malam. Kalau korang tak tau, harga ni termasuk dengan tiket kapal terbang dan penginapan tau! Memang berbaloi!
Kalau korang ambik pakej ni, korang juga akan dapat BIG Points dan *RM100 diskaun untuk 200 tempahan pertama dengan pembelian minimum RM1200 untuk setiap tempahan dengan kupon: SYDNEY100 bila korang tempah tiket kapal terbang dan hotel sekali di AirAsiaGO.com.
Kalau nak tebus BIG Points korang, klik laman web BIG Points ni. Layari laman web AirAsiaGO untuk maklumat lanjut okay. Cepat tempah sebelum promosi habis! Selamat bercuti!