Sharnaaz Ahmad dikenali bukan sahaja kerana lakonannya, malahan kelantangannya bersuara mengenai sesuatu isu. Jika ada yang tidak kena di matanya, pelakon Juvana ini pasti akan menegakkan apa yang dirasakan sepatutnya dipertahankan. Isu kebajikan artis yang dimuatnaik rakan pelakon Sharifah Amani mendapat perhatian Sharnaaz sehingga mereka dilihat seperti ‘bertikam lidah’ di laman Twitter semalam.
Harap budak baru bagi harga murah stesen sebat ambik
Sharnaaz membalas tweet isu dilema yang dihadapi para pelakon dengan balasan yang dilihat agresif dengan mempersoal tiada siapa berani mempertahankan hak anak seni dalam industri.
Hang bulih tak lawan jangan guna marah
Sharifah Amani atau Nani kemudiannya menegur komen balas dibuat Sharnaaz itu. Menurutnya, Sharnaaz tidak sewajarnya melawan sesuatu dengan amarah. Sebaliknya, sesuatu masalah perlu ditangani dengan akal supaya boleh berbincang dengan tenang.
Hang bijak argue secara bijaklah
Tambah Sharifah Amani lagi, dia tahu, sebagai seorang yang bijak, Sharnaaz perlu berdebat dengan bijak kerana aktor itu mempunyai minat mendalam dan berani melontarkan pendapat namun apabila membabitkan makian, dia tidak menyokong tindakan berkenaan.
Jangan marah dengan aku Naaz
Aku baran itu isu aku
Sharnaaz kemudian menambah isu baran adalah halnya dan dia hanya berjuang mengikut caranya. Baginya, adalah tidak adil untuk pihak lain memberi pendapat ‘lain jenis’ berdiam diri.
Jangan ambil hati naa
Sharnaaz akhirnya meminta pelakon Sepet itu tidak mengambil hati dengan teguran dibuatnya kerana menganggap perkara itu sebagai perbincangan orang dewasa.
Sumber: Sharnaaz Ahmad