Selamat Hari Raya guys! Nampaknya semua dah balik tempat mencari rezeki masing-masing dan memulakan tugas seperti biasa sebab cuti raya dah habis! Janganlah sedih, cuti raya habis tak bermakna kita dah tak boleh meraikan bulan Syawal yang mulia. Raya kan sebulan kawan-kawan…
Rasa macam sekejap cuti raya kali ni kan? Bagi yang belum sempat meraikan Hari Raya Aidilfitri penuh meriah tahun ini, jom #RayaBersama Rumah Terbuka Bandar Rimbayu di The Arc @ Bandar Rimbayu, Kota Kemuning Shah Alam pada 15 Julai 2018 depan bermula jam 4 hingga 6 petang…
Katanya baaanyak aktiviti menarik disediakan untuk korang seisi keluarga! Nak tau apa yang ada kat sana nanti?
Aktiviti menarik untuk semua peringkat umur, confirm korang suka!
Kalau pergi rumah terbuka selama ni korang datang makan je kan… Paling-paling pun ada persembahan nyanyian. Tapi, kat Rumah Terbuka Bandar Rimbayu ni, ada macam-macam aktiviti menarik korang boleh ikut serta tau! Antaranya…
Main buih sabun gergasi dengan adik dan kawan-kawan. Buih sabun siapa paling besar dia menang!
Ada sekumpulan rakan dinamakan Colour Of Voices ni nak tunjukkan bakat tersembunyi mereka dengan persembahan muzikal acapella. Wah, sama macam filem Pitch Perfect ke?
Selain persembahan acapella, ada juga persembahan tarian tradisional di Malaysia. Masa ni kita nak explore keunikan tarian tradisi yang ada di Malaysia!
Sambil korang layan aktiviti dan persembahan, jom rasa hidangan raya tradisional
Macam admin cakap tadi, kesian korang yang tak sempat merasai pengalaman raya sebenar macam kat kampung. Takpe, di Rumah Terbuka Bandar Rimbayu ni, mereka menyediakan pelbagai juadah raya seperti lauk-pauk yang mana rasanya saaama macam kat kampung!
Bukan senang nak cari lauk dan jenis-jenis juadah raya sebijik macam kat kampung, contohnya macam…
Satay ayam, daging dan macam-macamlah!
Nasi impit, lemang, ketupat dan ketupat palas
Lauk-pauk seperti rendang, kuah kacang, ayam masak merah
Ada baaanyak spot menarik untuk korang ambil gambar juga tau!
Bila datang rumah terbuka, tak sahlah kalau tak ambil gambar dengan rakan-rakan dan keluarga sebagai tanda kenangan kan? Jangan risau, Rumah Terbuka Bandar Rimbayu menyediakan baaanyak lokasi dengan latar belakang lawa-lawa untuk korang. Katanya, ada hadiah menanti kalau upload gambar tu dalam Facebook tau!
Sebanyak 10 set kutleri untuk dimenangi bila upload gambar keriangan korang kat Rumah Terbuka Bandar Rimbayu tu di laman Facebook diorang berserta hashtag #BandarRimbayu & #JomRaya. Pemenang akan dipilih secara random dan akan diumumkan pada 17 Julai 2018 di laman Facebook Bandar Rimbayu.
Peraduan ni hanya berlangsung pada 15 Julai 2018 bermula jam 4 petang hingga 11:59 malam jadi make sure korang datang sana dan ambil gambar tau!
Tunggu apa lagi? Mark kalendar korang pada 15 Julai 2018 ini untuk #RayaBersama Rumah Terbuka Bandar Rimbayu di The Arc @ Bandar Rimbayu, Kota Kemuning Shah Alam bersama keluarga dan rakan-rakan. Untuk maklumat lanjut, layari laman web Bandar Rimbayu, IJM Land dan follow lokasi ni untuk ke sana…