Umum sedia maklum, penyanyi Haqiem Rusli telah mengumumkan keputusan untuk berhenti dari industri muzik akibat tekanan yang dialaminya. Bagaimanapun, dia mengambil masa selama sebulan untuk mempertimbangkan semula keputusan tersebut demi peminat.
Artikel berkaitan: ‘Saya Memiliki Depression Ini Dari Awal Tahun Lagi’ – Haqiem Rusli Umum Keputusan Berhenti Dari Industri Muzik?
Terbaru, menerusi Twitter miliknya dia memohon maaf dan membuat keputusan untuk terus berjuang dalam industri muzik tempatan.
Mohon maaf terhadap perkara lalu
Demi peminat, Qiemilio
Terima kasih semua…
Penyanyi Tergantung Sepi ini mengucapkan terima kasih buat semua yang telah memberi sokongan kepadanya. Dia juga mengambil keputusan untuk berjuang dalam industri muzik demi peminatnya, Qiemilio. Malah, dia juga memohon maaf terhadap posting sebelum ini yang telah menimbulkan pelbagai spekulasi.
Sumber: Haqiem Rusli