“Nak makan mana today?” – ini adalah soalan paling mencabar bila tiba waktu makan kat tempat kerja. Nak makan apa, berapa harga kalau makan kat situ, semua menjadi persoalan…
Bukan apa, sesetengah di antara kita bahkan hampir semua orang kira berapa diorang habiskan duit untuk makan dalam sehari. Betul tak? Haa, baru-baru ni kami ada tanya beberapa orang awam berapa RM diorang habiskan untuk makan dalam sehari. Jom kita baca pendapat mereka…
RM15-20 untuk lunch dan dinner
“Pagi-pagi minum kopi 3-in-1 je kat rumah, jimat. Duit makan guna untuk lunch dengan dinner je. Lunch nasi, ayam, sayur dengan kopi ais dalam RM10. Malam tapau maggi goreng dengan air dalam RM7-8. Adalah dalam RM15-20 duit makan sehari” – Errah, 30, wartawan
Maksimum RM20, dari pagi sampai malam
“Biasanya pagi makan teh tarik dengan roti canai. Tengahari nasi campur dalam RM6.50, malam dalam RM7-8 makan nasi lemak ayam dengan teh tarik. Setakat ni cukuplah sebab ikut bajet selalu. Paling ideal, RM5 setiap hidangan jadi orang-orang kat luar sana kalau nak jimat ikut tips ni” – Leon, 30, Ketua Operasi Pemasaran
Kurang dari RM10, pagi dan malam makan kat rumah
“Kalau pagi, sarapan air susu dengan roti atau nestum kat rumah. Setakat ni perut tahan sampai tengahari. Haa lunch boleh dapat nasi ayam, nasi goreng ayam berlado atau ikan kembung masak asam pedas pada harga bawah RM10. Malam masak kat rumah, boleh jimat” – Nora, 35, Eksekutif Kanan Akaun & Pentadbiran
Sehari RM10 je, malam tak makan sangat
“Pagi I beli kuih dalam 2-3 ketul baru RM1.50, makan tengahari nasi ayam kunyit atau nasi goreng kampung dalam RM6 dan lebih duit dalam RM2 I beli buah 2 paket. Setakat ni cukup je kalau kita pandai urus duit makan. Janganlah hari-hari nak makan mewah, memang tak cukup duit.
“Kalau anggaran, RM15 cukuplah kot untuk makan sehari. RM5 sarapan, RM5 untuk lunch, RM5 untuk dinner” – Atiqah, 28, Eksekutif Pengambilan Pekerja
Sebagai student, RM15 sehari cukup dah
“Kalau kelas awal pagi, sempat sarapan kat kafe kolej makan roti canai macam tu dalam RM5. Lunch dapatlah nasi goreng atau shawarma dalam RM10 macam tu. Malam makan kat rumah je sebab mak masak… Student patut cukup dengan RM15 duit makan sehari, kena berjimat untuk kegunaan belajar yang lain” – Solehah, 24, pelajar
Tau tak ada makanan lain korang boleh dapat dengan hanya RM5.50 untuk satu hidangan?
Rata-rata daripada orang awam yang kami tanya berbelanja RM15-20 untuk makan dalam sehari. Tapi, kalau korang pergi Texas Chicken, korang boleh dapatkan kombo baru ‘Crunchy Deals’ dengan hanya RM5.50 setiap hidangan tau!
Apa antara hidangan yang ada dalam kombo Crunchy Deals terbaru ni?
1 ketul ayam dengan minuman berkarbonat pilihan
Burger klasik dengan minuman berkarbonat pilihan
Tender wrap dengan minuman berkarbonat pilihan
Bubur nasi dengan minuman panas pilihan
So, korang tunggu apa lagi? Jom ke Texas Chicken berdekatan dan dapatkan mana-mana kombo Crunchy Deals terbaru ni sama ada untuk waktu makan tengahari, malam atau bila-bila korang lapar… Untuk maklumat lanjut, layari laman web Texas Chicken okay!