Baru sahaja diberi mandat sebagai Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq berdepan dengan banyak kritikan yang seolah tidak yakin dengan kemampuan dimilikinya, Usianya yang baru mencecah 25 tahun menjadi ‘bahan’ oleh pengkritik untuk mempersoal kredibilitinya.
Turut menarik perhatian awam adalah penarikan semula jawatan aktivis Numan Afifi sebagai pegawai media menteri itu baru-baru ini. Viral di laman sosial mengenai keengganan Ahli Parlimen Muar untuk memberi komen mengenainya.
Enggan layan soalan wartawan
Stress ye Syed Saddiq? Seronok kan jadi Menteri? Ada 5 tahun lagi ni.
Lepas ni wartawan tak perlu susah payah terjah dia lah. Kan dia kata “Check on my twitter.” pic.twitter.com/lOFodTp07c
— The Ugly Organ (@The_UglyOrgan) July 12, 2018
Dalam satu video oleh Star TV, Syed Saddiq dilihat menolak untuk menjawab soalan media mengenai bekas pegawai medianya itu. Tambahnya, dia sudah banyak kali menjawab soalan sama di Twitter.
Dia juga turut meminta maaf kerana terpaksa berlalu pergi kerana mempunyai mesyuarat yang perlu dihadirinya selepas itu.
Selain soalan mengenai perletakan jawatan Numan Afifi itu, dia turut ditanya mengenai pendiriannya berkenaan lesbian, biseksual, gay dan transgender (LGBT) yang turut tidak dijawab.
Ini respon Syed Saddiq
Bekas pendebat terbaik Asia itu kemudiannya membalas tweet berkenaan dengan mengatakan kejadian terbabit berlaku di sebuah universiti sejurus selepas forum. Forum berkenaan menurutunya memperuntukkan masa selama sejam untuk sesi soal jawab tanpa ada tapisan soalan.
Malahan, menurutnya lagi, walaupun ada yang berdemo dan dihalang pihak universiti, namun dia tetap membenarkan kerana menganggap perbuatan itu adalah hak mereka.
Dia turut menegaskan perlu bergegas kerana mempunyai urusan lain dan perlu menepati masa selain tidak suka lewat ke destinasi.
Sumber: Syed Saddiq, Star TV, The Ugly Organ