Disangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Perumpamaan ini turut sesuai dengan hubungan suami isteri yang kecundang di tengah jalan. Walaupun kedua-dua pihak telah mencuba untuk memulihkan keadaan, namun, soal jodoh bukanlah di tangan manusia.
Biarpun telah berpisah, pelakon Adam Shahz dan bekas isterinya dilihat masih tidak berada dalam hubungan yang baik. Kedua-duanya berbalas kenyataan di Twitter baru-baru ini.
Keke challenge dekat luar orang awam yang buat
Adam Shahz menerusi Twitternya meluahkan pendapatnya mengenai ‘demam’ video Keke challenge yang sedang melanda netizen Malaysia. Menurutnya, video sedemikian hanya dibuat orang ramai di luar negara namun di sini ramai artis yang turut memuatnaik video sebegitu.
Ini respon bekas isteri Adam
Tidak mendiamkan diri dengan tweet bekas suaminya, Fatin Afeefa seakan ‘membalas’ tweet Adam dalam nada memerli. Tambah Fatin, individu yang tidak memberi nafkah anak sehingga setahun adalah apa yang patut dimalukan dan bukan menari tarian itu.
Tak mengemis dari ‘bekas’
Menurut Fatin lagi, dia tidak pernah mengemis dari ‘bekas’ walaupun sememangnya dalam agama individu tersebut perlu bertanggungjawab memberi nafkah anak.
Saya tak tuju pada sesiapa
Melihat balasan yang diterima, Adam kemudiannya membuat penafian mengatakan dia tidak menujukan mana-mana tweetnya kepada sesiapa. Dia mendakwa segalanya dibuat secara umum dan untuk dirinya sendiri sebagai peringatan.
Dia juga merasa pelik kerana tidak menyebut nama sesiapa namun masih ada yang terasa dengan posting dimuatnaiknya itu.
‘Senarai’ kes curang
Letihlah setiap apa ditulis nak terasa
Sumber: Fatin Afeefa, Adam Shahz