Umum sedia maklum, menguasai bahasa asing merupakan salah satu bonus dan kelebihan untuk berkomunikasi dengan pelancong. Malah, ianya dapat mengukuhkan jati diri dan memahami budaya terhadap negara luar serta pelancong yang datang ke negara kita.
Menteri Pendidikan, YB Dr Maszlee Malik memuatnaik video temuramah bersama gadis Jepun yang fasih berbahasa Melayu. Walaupun, baru hanya datang ke Malaysia tiga kali tetapi gadis ini boleh dikatakan berjaya menguasai bahasa kita dengan baik.
Saya suka teh ais dan roti canai
Saya sempat menemu ramah Hana Takahashi, seorang penuntut di Universiti Bahasa Asing, Tokyo yang fasih berbahasa Melayu. Bangga dengan cita-cita beliau untuk mempelajari tentang rakyat, budaya dan agama di Malaysia, saya doakan dia terus berjaya. pic.twitter.com/fHQVgyCiFK
— Maszlee Malik (@maszlee) August 9, 2018
Bahasa tidak mengenal sempadan
YB Dr Maszlee Malik meluah rasa bangga apabila berpeluang temuramah seorang gadis Jepun yang fasih berkomunikasi dalam bahasa Melayu. Dia mengharapkan impian gadis ini untuk mempelajari tentang rakyat, budaya dan agama di Malaysia dapat direalisasikan.
Bahasa Melayu maruah kita
Sumber: Maszlee Malik