Tempoh hari aktres Elfira Loy dikhabarkan selamat mengikat tali pertunangan dengan seorang anak Datuk. Majlis berkenaan diadakan secara tertutup dan kecil-kecilan untuk menjaga privasi. Setakat ini tiada kenyataan rasmi dibuat Elfira mengenai hal itu.
Sebelum ini viral di laman sosial fail didakwa milik pelakon ini dipercayai berkait dengan notis muflis, namun perkara itu berjaya diselesaikan Elfira sebelum tindakan undang-undang dikenakan ke atasnya. Terbaru, satu komen berkait hutang juga turut ditinggalkan seorang wanita di Instagram Elfira.
Diminta selesaikan hutang adik
Seorang wanita meninggalkan komen meminta Elfira melangsaikan segala hutang termasuklah hutang yang didakwa dibuat oleh adiknya, Ahmad Ezzrin Loy.
Ini respon Elfira
Elfira kemudiannya membalas komen berkenaan dengan mengatakan komen berkenaan dibuat kerana individu itu tidak boleh melihat dirinya ‘senang’.
Mesej tak dibalas
Wanita itu juga turut mendakwa sudah bertahun hutang dibuat namun tiada pembayaran semula diterimanya. Malahan mesej yang dihantar juga tidak dibalas oleh mereka anak-beranak. Individu ini juga mendakwa dia telah menghantar segala resit bayaran kepada berkali-kali kepada ibu dan adik pelakon itu.
Bukan tak boleh tengok orang senang tapi..
Kenapa nak attack dia?
Ada segelintir pengikut pelakon Qalesya itu berpandangan wanita terbabit tidak patut ‘menyerang’ Elfira kerana yang berhutang adalah ibu dan adik kepada Elfira. Tindakan meninggalkan komen sebegitu boleh mengaibkan Elfira dan merosakkan imejnya di laman sosial.
Sumber: Elfira Loy